ATVET T-CERT 2026 : OMRON PLC Industrial Network And Communication Integration
Jumlah paparan: 1
ATVET T-CERT 2026
OMRON PLC INDUSTRIAL NETWORK AND COMMUNICATION INTEGRATION
6–7 Jun 2026
Pusat TVET Termaju telah menganjurkan kursus Omron PLC Industrial Network and Communication Integration selama dua hari bertempat di Makmal Automasi Industri, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Pekan. Kursus yang berlangsung pada 6 hingga 7 Jun 2026 itu telah disertai oleh pelajar tahun akhir FTKEE bagi memperkukuhkan kemahiran dalam bidang automasi dan komunikasi industri.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai integrasi komunikasi industri menggunakan Modbus RTU (RS-485) dan platform Omron PLC. Antara kandungan yang disampaikan termasuk konfigurasi perkakasan PLC, penggunaan perisian Sysmac Studio, pembangunan atur cara Ladder Diagram, konsep dan struktur data Modbus, serta kaedah penghantaran dan penerimaan data antara peranti industri. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam aspek komunikasi dan integrasi sistem automasi industri menggunakan platform Omron.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Latest News
Popular
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation
