24-26 NOVEMBER 2025 | RELYON, CHERATING
T-Pro: Program Kursus Sijil Profesional - Tropical Basic Offshore Safety And Emergency Training (T-Bosiet)
24-26 NOVEMBER 2025 | RELYON, CHERATING
T-Pro: Program Kursus Sijil Profesional - Tropical Basic Offshore Safety And Emergency Training (T-Bosiet)
Mechanical Instrument Calibration (15-16 Nov)
Kursus Mechanical Instrument Calibration telah dianjurkan selama dua hari bertujuan memberi pendedahan asas kepada peserta berkaitan kepentingan kalibrasi peralatan pengukuran mekanikal serta prosedur pelaksanaan kalibrasi alat pengukuran.
Secara keseluruhannya, Kursus Mechanical Instrument Calibration telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Peserta menunjukkan komitmen yang baik serta mendapat pengetahuan dan kemahiran asas berkaitan kalibrasi peralatan pengukuran serta mengapa ianya penting untuk dilakukan khususnya dalam industri kejuruteraan.
Electropneumatic Systems with PLC Control
Program latihan teknikal “Electropneumatic Systems with PLC Control” telah dilaksanakan pada 15–16 November 2025 di Makmal Pneumatik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Kursus pendek anjuran Pusat TVET Termaju UMPSA ini merupakan sebahagian daripada program PTVET Training Series (T-CERT) dalam usaha memperkasakan TVET aras tinggi.
Melalui latihan bersasar selama dua hari, peserta berupaya mentafsir dan membangunkan litar elektropneumatik secara komprehensif—merangkumi pemilihan komponen (injap, silinder, penderia), pendawaian I/O kepada PLC, serta pematuhan amalan terbaik industry. Peserta juga berkeupayaan mereka bentuk, melaksanakan, menguji dan melaksanakan penyelesaian masalah (troubleshooting) bagi atur cara PLC (Ladder/Function Block) untuk kawalan Auto/Manual, interlock, pemasaan (timing) dan urutan operasi silinder sehingga sistem beroperasi dengan stabil dan boleh dipercayai.
Seramai 12 orang pelajar pra siswazah UMPSA daripada pelbagai program telah dipilih mengikuti latihan Pneumatic & PLC, dan kesemuanya berjaya lulus penilaian praktikal. Penilaian tersebut menilai tahap penguasaan modul serta kecekapan pelajar dalam membangunkan dan menguji litar pneumatik, melakukan pendawaian serta pemetaan I/O, membina atur cara PLC (Auto/Manual, timing dan urutan), di samping melaksanakan troubleshooting secara sistematik sehingga sistem beroperasi dengan stabil.
Program ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan pelajar terhadap teknologi automasi semasa serta membekalkan pengalaman hands-on yang relevan sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.
Survey Method in Construction
15–16 November 2025
Latihan teknikal “Survey Method in Construction” yang berlangsung pada 15–16 November 2025 di Makmal Ukur Kejuruteraan, ETIM, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) menerima penyertaan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar.
Kursus anjuran Pusat TVET Termaju UMPSA dengan kerjasama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA) ini merupakan salah satu modul di bawah PTVET Training Series (T-CERT) bagi memperkukuh kompetensi TVET aras tinggi selaras dengan keperluan industri.
Sepanjang dua hari latihan intensif, pelajar didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran penting berkaitan kaedah ukur kejuruteraan dalam pembinaan menggunakan peralatan Electronic Total Station dan Dumpy Level. Pelajar turut mempelajari beberapa kaedah teknikal ukur kejuruteraan di tapak bina menggunakan peralatan tersebut, sebelum mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari melalui latihan praktikal.
Selain itu, para pelajar turut didedahkan dengan pengetahuan berkaitan traverse survey, building setting out, reduce level for road and drainage, serta penggunaan Temporary Benchmark (TBM) dalam projek pembinaan.
Penganjuran latihan ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan pelajar mengenai teknologi semasa dan memberikan pengalaman praktikal bernilai sebagai persediaan sebelum memasuki industri pembinaan dan sektor kejuruteraan yang berkaitan.
T-Pro: Program Pensijilan Profesional UMPSA - AWS Cloud Practitioner Essentials [15 November 2025]
Program latihan profesional telah berjaya dilaksanakan pada 15 November 2025, bertempat di Makmal Digital Media Studio, Fakulti Komputeran, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan, Pahang. Seramai 20 orang pelajar telah dipilih yang merupakan pelajar tahun akhir dari Fakulti Komputeran (FK). Kursus ini telah dikendalikan oleh pengajar bertauliah dari Trainocate (M) SDN BHD; Renganathan Palanisamy yang mempunyai penuh pengalaman industri sebagai “Data & AI Specialist”.
Program ini direka oleh Amazon Web Services (AWS) untuk memperkenalkan peserta kepada konsep asas pengkomputeran awan dan platform AWS. Ia memberikan fokus kepada bagaimana pengkomputeran awan berfungsi, mengapa organisasi beralih ke awan, dan bagaimana AWS menyediakan penyelesaian awan yang boleh diskalakan, selamat dan menjimatkan kos. Bagi pelajar tahun akhir ijazah, kursus ini berfungsi sebagai titik permulaan untuk memahami infrastruktur IT moden dan teknologi berasaskan awan yang digunakan secara meluas dalam industri. Pelajar telah memperolehi pendedahan praktikal kepada persekitaran pengkomputeran moden yang meningkatkan keyakinan kemahiran teknikal dan menjadikan pelajar lebih bersedia untuk pensijilan prefesional pengkomputeran awan.
Selepas menamatkan latihan, pelajar telah dijadualkan dengan berfasa untuk mengambil peperiksaan secara atas talian (online proctor) secara individu yang bertempat di Bilik Kuliah 6 (BK6). Peperiksaan ini selesai dalam tempoh selama 2 minggu (8 Dis – 21 Dis) untuk kesemua pelajar. Seramai 11 orang pelajar telah dianugerahkan sijil professional ‘AWS Cloud Practitioner Essentials’.
Pelaksanaan program latihan profesional ini diharapkan dapat nilai tambah kepada pelajar disamping meningkatkan pengetahuan dan memberikan pengalaman praktikal sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan mereka pada masa akan datang.
Berikut adalah senarai 11 pelajar Certified AWS Cloud Practitioner. Syabas dan Tahniah!
CA22064 Muhammad Wazif Fakhrullah Bin Faizulaffian
CB22122 Muhammad Fikri Bin Shahril
CB22057 Muhammad Rusydan Bin Mohammed Rais
CB22073 Siti Nurdalilah Binti Saiful Bahari
CB22109 Sor Victor
CA22049 Wardatul Jannah Binti Mohd Nazir
CB22085 Muhammad Arif Bin Azlan
CB22075 Nur Hidayatul Huda Binti Ab Rahim
CB22091 Nur Ilya Natasha Binti Mohd Zuhaidi
CA22074 Isma Iwani Binti Ismail
CA22079 Muhammad Afiq Bin Mohd Rosli
25–26 JUN 2025 | MAKMAL KOMPUTER STUDIO KEJURUTERAAN PERISIAN , FAKULTI KOMPUTERAN.
Program latihan teknikal “Excel Mastery – Beginner to Intermediate” telah berjaya dilaksanakan pada 25 hingga 26 Jun 2025, bertempat di Makmal Komputer Studio Kejuruteraan Perisian, Fakulti Komputeran, UMPSA Pekan.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pemerkasaan TVET aras tinggi di bawah Pusat TVET Termaju di bawah inisiatif UMPSA25 KPI2a(1) untuk memberi latihan teknikal kepada pihak industri melalui siri latihan Pusat TVET Termaju (PTVET). Kursus ini dikendalikan oleh jurulatih bertauliah Ts. Mohd Tarmizi Bin Ab Rahman. Peserta kursus adalah terdiri daripada staf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Pada hari pertama kursus, 25 orang peserta didedahkan dengan penggunaan perisian Microsoft Excel 2019 bermula dengan aras asas seperti “creating workbooks, using formulas & functions” dan “formatting cells & ranges”. Bagi menguji tahap kemahiran awal, peserta telah diuji dengan menjawab latihan asas yang diberikan oleh penceramah.
Modul yang lebih mencabar telah dikongsikan pada hari kedua kursus yang mana peserta diajar menggunakan data dan rajah melalui modul-modul seperti “Working with data, creating charts, managing worksheets”. Kefahaman dan kemahiran peserta juga dinilai pada hari terakhir ini dan peserta yang hadir telah berjaya dalam penilaian tersebut.
Semoga pelaksanaan program seperti ini diharapkan dapat memberi nilai tambah dalam mempromosikan kepakaran UMPSA khususnya Pusat TVET kepada peserta dari luar UMPSA terutamanya dari pihak industri.
Kursus Shaft Alignment Best Practice In Oil And Gas Industries
14 – 15 Jun 2025 | Makmal Kejuruteraan Gas, FTKKP
Pusat TVET Termaju Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses (FTKKP) telah berjaya menganjurkan Kursus Precision Shaft Alignment Method selama dua hari bermula 14 hingga 15 Jun 2025. Kursus ini menghimpunkan seramai 21 orang peserta, terdiri daripada 14 pelajar FTKKP serta 7 pelajar daripada fakulti lain (FTKMA – 2 peserta, FTKPM – 3 peserta, FSTI – 2 peserta).
Program ini dikendalikan oleh tiga orang tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang industri dan teknologi iaitu:
• Ts. Mohd Anuar bin Hj Ramli
• Ts. Joharizal bin Johari
• Ts. Dr. Azizul Helmi bin Sofian
Kursus ini merangkumi sesi teori dan praktikal, memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan penjajaran aci (shaft alignment) yang tepat serta penggunaan peralatan moden seperti Alignment Dial Kit dan Laser Alignment System. Melalui pendekatan pembelajaran hands-on, peserta dapat mempraktikkan teknik yang betul selaras dengan keperluan industri semasa.
Objektif Kursus:
Aktiviti Utama Program:
Impak Program:
Melalui penyertaan dalam kursus ini, para peserta telah berjaya:
Penutup
Program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan penglibatan aktif dan komitmen tinggi oleh para peserta. Penganjuran kursus seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi memperkasakan kemahiran teknikal pelajar sekaligus memperkukuhkan kebolehpasaran graduan UMPSA.
Disediakan oleh:
Ts. Mohd Anuar bin Hj. Ramli
Ts. Joharizal bin Johari
Pusat TVET Termaju
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah