ATVET T-CERT 2026 : Destructive Testing For Weld Verification
Hits: 3
ATVET T-CERT 2026
DESTRUCTIVE TESTING FOR WELD VERIFICATION
6-7 JUN 2026
Pada 6 dan 7 Jun 2026, seramai 17 orang pelajar tahun akhir Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA), UMPSA telah menyertai kursus kompetensi Destructive Testing for Weld Verification yang berlangsung di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA), UMPSA.
Kursus ini merupakan anjuran Akademi TVET Termaju (ATVET) dengan kerjasama FTKMA bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang Destructive Testing (DT), khususnya untuk verifikasi kimpalan, selaras dengan pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Program ini dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang ujian material dan pemeriksaan kimpalan iaitu Ts Mohd Sazali bin Salleh, Ts Junaedi Irwan bin Wan Abdul Halim dan En. Ahamd Zulkarnain bin Mohamed.
Sepanjang dua hari pelaksanaan, peserta mengikuti sesi teori yang memberi pendedahan kepada verifikasi kimpalan & QA/QC, asas kecacatan kimpalan (welding defects) seperti porosity, undercut, slag inclusion dan cracking, pengenalan kepada ujian musnah (DT) serta jenis-jenis ujian musnah yang relevan untuk penilaian integriti sambungan kimpalan. Peserta turut didedahkan kepada keperluan standard kimpana, kelayakan personel dan kriterai penerimaan berdasarkan kod industri seperti AWS dan ISO. Selain itu, sesi amali dan praktikal di Makmal Mekanik Bahan FTKMA melibatkan 4 ujikaji utama iaitu ujian tegangan (Tensile Test), ujian kekerasan Vickers (Vickers Hardness Test), ujina hentaman (Impact Test) dan ujian Macro Etching. Melalui latihan praktikal ini, peserta berpeluang mengaplikasikan prosedur ujian musnah, menginterpretasi data mekanikal, mengenal pasti zon kegagalam serta menyediakan dokumentasi teknikal dan laporan keputusan secara sistematik dan professional.
Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen UMPSA dalam memperkasa latihan kompetensi teknikal, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyokong pembangunan bakat TVET yang memenuhi keperluan industri semasa. Program ini juga berjaya memperkukuh kompetensi peserta dalam bidang Destructive Testing di samping meningkatkan kemahiran analitikal, interpretasi data, dokumentasi teknikal dan kesedaran terhadap aspek kualiti serta keselamatan industri.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Berikut merupakan senarai 17 orang peserta dari FTKMA yang telah menyertai kursus kompetensi ini.
Latest News
Most View Articles
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation
