Karnival STEM 2026 | Sk Peramu Jaya [19 Ogos 26]
Jumlah paparan: 140
KARNIVAL STEM 2026 | SK PERAMU JAYA
UMPSA SEMARAKKAN MINAT STEM, CETUS INSPIRASI GENERASI MUDA! 
Akademi TVET Termaju, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh komitmen dalam menyemarakkan minat generasi muda terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi penglibatan dalam Karnival STEM 2026 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya pada 19 Ogos 2026 (Rabu).
Program yang melibatkan murid Tahun 4, 5 dan 6 ini menjadi platform pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna apabila para peserta berpeluang meneroka dunia STEM menerusi pelbagai aktiviti secara hands-on, interaktif dan eksperimen secara langsung.
Sepanjang program, murid didedahkan kepada pelbagai aktiviti menarik seperti Drone, Roket Air, Kit Energy dan Elephant Toothpaste. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi peluang kepada murid untuk memahami konsep asas STEM melalui pengalaman sebenar, pemerhatian, penerokaan dan penyelesaian masalah.
Pendekatan pembelajaran secara praktikal ini turut membantu mencetuskan rasa ingin tahu, kreativiti dan pemikiran kritis dalam kalangan murid. Dalam suasana pembelajaran yang santai dan menyeronokkan, mereka dapat melihat bahawa STEM bukan sekadar pembelajaran di dalam buku teks, tetapi merupakan satu bidang yang dekat dengan kehidupan seharian serta penuh dengan peluang untuk diterokai.
Penglibatan UMPSA melalui Akademi TVET Termaju dalam program seperti ini juga mencerminkan usaha berterusan universiti untuk mendekatkan pendidikan tinggi dengan komuniti sekolah, di samping memperkenalkan dunia TVET dan STEM kepada generasi muda sejak peringkat awal.
Diharapkan pengalaman yang diperoleh sepanjang Karnival STEM 2026 ini dapat menjadi pencetus kepada minat dan inspirasi murid untuk terus meneroka bidang STEM, seterusnya membina keyakinan untuk menjadi generasi berilmu, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada masa hadapan.
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada SK Peramu Jaya atas penganjuran program yang penuh inspirasi ini serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival STEM 2026.
UMPSA komited untuk terus bersama-sama membina generasi masa depan melalui STEM dan TVET! 
Latest News
26 Ogos 2026
Popular
- PENERIMAAN ABSORBER ASSEMBLY LINE PRODUCTION DARIPADA SAPURA
- UMP the first public university in the country to use Blockchain Technology for cert validation for its 2,773 graduates
- MHeLFAGV Ciptaan Penyelidik UMP Bantu Angkat Bebanan lebih 50 kg
- UMP proudly produces 2,773 graduates in its 13th Convocation

