Previous Next

ATVET T-CERT: Shaft Alignment Best Practice In Oil & Gas Industry [13 - 14 Jun]

ATVET T-CERT 2026
SHAFT ALIGNMENT BEST PRACTICE IN OIL & GAS INDUSTRY
13 & 14 JUN 2026
 
GAMBANG, 14 Jun 2026 – Akademik TVET Termaju, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya menganjurkan Kursus Shaft Alignment Best Practice in Oil & Gas Industry yang berlangsung pada 13 hingga 14 Jun 2026 bertempat di Engineering Gas Lab, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), UMPSA.
 
Program ini telah disertai oleh seramai 20 orang pelajar daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP). Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan amalan terbaik dalam penjajaran aci (shaft alignment) dalam industri minyak dan gas, di samping meningkatkan kefahaman peserta terhadap konsep ketidakjajaran (misalignment), penggunaan instrumen pengajaran serta pelaksanaan langkah pra-penjajaran.
 
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah dibimbing oleh dua tenaga pengajar berpengalaman iaitu Ts. Mohd Anuar bin Ramli dan Ts. Joharizal bin Johari, kedua-duanya merupakan Pegawai Latihan Vokasional Kanan daripada Akademik TVET Termaju.
Pelaksanaan kursus ini turut memberi peluang kepada para pelajar untuk memperkukuhkan kemahiran teknikal melalui sesi teori dan latihan amali yang menekankan aplikasi sebenar di industri minyak dan gas. Program seumpama ini diharap dapat melahirkan graduan TVET yang kompeten, berkemahiran tinggi serta memenuhi kehendak industri semasa.
Akademik TVET Termaju komited untuk terus memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal melalui penganjuran kursus-kursus berimpak tinggi demi melahirkan modal insan TVET yang berkualiti dan berdaya saing.

Cetak   Emel