Previous Next

TRAIN OF TRAINER: Commercial EV IoT & Telematics System Training [3 Ogos 26]

⚑ TRAIN OF TRAINER: COMMERCIAL EV IoT & TELEMATICS SYSTEM TRAINING πŸš—πŸ”‹
Memperkasa kompetensi pensyarah TVET dalam teknologi kenderaan elektrik, IoT dan sistem telematik!
Akademi TVET Termaju, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan program Train of Trainer: Commercial EV IoT and Telematics System Training yang berlangsung selama lima hari di Makmal EV & Hybrid, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), UMPSA.
Program yang berlangsung pada 3 hingga 7 Ogos 2026 ini melibatkan seramai 10 orang pensyarah daripada TVETMARA Jasin sebagai peserta. Penganjuran latihan ini bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan kompetensi tenaga pengajar dalam teknologi kenderaan elektrik (EV), Internet of Things (IoT) serta sistem telematik automotif yang semakin berkembang seiring dengan keperluan industri masa kini.
Β 
Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada pelbagai aspek teknologi dan aplikasi Commercial EV, IoT, sistem telematik, vehicle connectivity, pemantauan data serta sistem diagnostik moden. πŸš—πŸ”‹πŸ“‘
Pendekatan pembelajaran yang menggabungkan teori dan latihan amali turut memberikan peluang kepada peserta untuk memahami dengan lebih mendalam berkaitan operasi, fungsi serta aplikasi teknologi EV dan sistem berkaitan dalam situasi sebenar.
Melalui latihan ini, para pensyarah bukan sahaja dapat meningkatkan kompetensi teknikal, malah berupaya membawa pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh untuk dikongsikan bersama para pelajar TVET. Usaha ini penting dalam memastikan tenaga pengajar sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini dan mampu menyediakan graduan yang mempunyai kemahiran relevan dengan keperluan industri.
Β 
Barisan pengajar yang terlibat dalam program ini terdiri daripada:
πŸ‘¨β€πŸ« Ir. Ts. Dr. Muhammad Ikram bin Mohd Rashid
πŸ‘¨β€πŸ« Ts. Muhammad Imran bin Mohmad Sairaji
πŸ‘¨β€πŸ« Ts. Mohd Idzwanrosli bin Mohd Ramli
Β 
Penganjuran program ini turut memperkukuh jaringan kerjasama dan perkongsian kepakaran antara Akademi TVET Termaju UMPSA dan TVETMARA Jasin, khususnya dalam bidang teknologi automotif, kenderaan elektrik dan teknologi digital masa hadapan. 🀝
Kerjasama strategik seperti ini menjadi platform penting dalam memperkasakan ekosistem TVET negara melalui perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman antara institusi pendidikan serta pemain dalam bidang latihan kemahiran.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada 10 orang pensyarah TVETMARA Jasin, barisan pengajar serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
🌱 Pensyarah berkemahiran, pelajar berdaya saing, industri diperkasa.
Akademi TVET Termaju, UMPSA
Memacu Kompetensi TVET, Mendepani Teknologi Masa Hadapan. πŸ‡²πŸ‡Ύβš‘
Β 

Print   Email